Monday, December 23, 2013
Friday, November 22, 2013
[MASJIDI BAITI] JOM SAKSIKAN USTAZ AZHAR IDRUS DI LAYAR PERAK
JANGAN lupa 28 NOVEMBER ini untuk saksikan kemunculan Ustaz Azhar Idrus di layar perak. USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG merupakan sebuah filem dakwah komedi arahan Pierre Andre. Filem ini telah mendapat kerjasama dan penampilan istimewa fenomena masa kini dari Ustaz Azhar untuk berlakon beberapa babak selepas 2 bulan dipujuk saudara Pierre.
Mengisahkan Dadu (Sharol Shiro) adalah seorang pemuda yang tidak mempunyai hala tuju
dalam hidup dan sering dibuang kerja kerana sikapnya yang sambil lewa.
Muiz (Ajak Shiro), sahabat baik kepada Dadu merupakan seorang penganggur
yang mengharapkan Dadu untuk menyara kehidupan mereka berdua.
Kemunclan Hamzah (Along Eyzendy), sepupu kepada Dadu sedikit sebanyak telah membuka hati mereka untuk kembali ke jalan Allah.
Mereka semakin teruja untuk mendekatkan diri mereka kearah kebaikan
setelah Hamzah mengajak mereka menonton ceramah daripada Ustaz Azhar
Idrus.Kemunclan Hamzah (Along Eyzendy), sepupu kepada Dadu sedikit sebanyak telah membuka hati mereka untuk kembali ke jalan Allah.
Di sinilah dugaan bermula setelah Dadu dan Muiz nekad untuk bertemu dan mendengar ceramah Ustaz secara langsung.
Dapatkah mereka berdua berjumpa dengan Ustaz Azhar? Apakah bentuk dugaan yang menimpa mereka?
Membawa mesej berdakwah kepada anak-anak muda, filem ini tidak ditekankan terlalu keras dan lebih santai seperti yang diminta oleh Ustaz Azhar sendiri agar tidak membosankan penonton.
Menurut Pierre, ini merupakan salah satu medium untuk beliau berdakwah dalam bentuk yang lebih santai dan terselit jenaka.
Jika anda peminat Ustaz Azhar Idrus, anda pasti akan menyukai filem terbaru terbitan M.I.G berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.
‘Ustaz Mu Tunggu Aku Datang’ akan menemui penonton mulai 28 November ini di pawagam berhampiran anda.
[MASJIDI BAITI] PENCETUS UMAH...RANCANGAN REALITI BARU DI ASTRO OASIS!!
Tidak dinafikan dewasa ini program-program berbentuk ceramah agama
sering menjadi tumpuan umat Islam lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan
penceramah-penceramah bebas yang hebat seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz
Kazim Elias, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan sebagainya.
Oleh itu, pihak Astro Oasis telah mengambil inisiatif menyiarkan
sebuah program berjudul Pencetus Ummah yang membawakan penonton merasai
pengalman menonton 12 peserta yang menggunakan pelbagai cara kreatif
dalam menyampaikan dakwah.
Ianya merupakan sebuah program realiti Islamik terbaru yang
bertemakan ‘Duniaku Dakwahku’ dengan pelbagai cara kreatif yang tidak
disangka boleh disimbolkan sebagai duniaku di mana para peserta program
berusaha menggunakan pelbagai platform yang wujud dalam dunia untuk
membawa mesej Islam dalam dakwah kepada manusia sejagat.
Minggu pertama Pencetus Ummah menyaksikan 12 peserta diberikan tema
‘Lagu’ untuk menguji kemampuan mereka mengulas lebih lanjut tentang apa
yang dimaksudkan dengan muzik dan lagu mengikut hukum agama dan syarak.
Mengikut teguran yang diberikan oleh tiga juri tetap iaitu Ustaz
Datuk Hassan Mahmood, Ustaz Kazim Elias dan Abby Fana rata-rata
menekankan gaya persembahan dan penggunakan hadith-hadith Al-Quran perlu
bertepatan dengan apa yang sedia ada supaya ianya tidak mengelirukan
para penonton.
Beberapa peserta seperti PU Fakhrul, PU Razi, PU Shahrul dan PU Yeop
menampakkan kematangan dan keyakinan yang tinggi dalam menyampai dakwah
mereka dengan jelas dan mudah. Malah gaya percakapan dan interaksi
bersama para penonton yang bagus memberi kelebihan buat mereka berempat
untuk menerima pujian daripada tiga juri utama.
[MASJIDI BAITI] USTAZ SHAHUL HAMID PON SERTAI PENCETUS UMMAH!!
SEBUT nama Ustaz Shahul Hamid, orang Penang terutamanya dan orang utara amnya pasti kenal akan pemilik nama ini. Beliau tidak asing lagi keranan sering memberi kuliah dan ceramah di sekitar Pulau Pinang khususnya.
Agak mengejutkan apabila beliau telah menyertai ujibakat dan terpilih sebagai peserta dalam rancangan realiti terbaru PENCETUS UMMAH yang bersiaran secara langsung mulai 21/11/2013 di ASTRO OASIS.
Namun mungkin ianya sebahagian platform beliau menggali ilmu baru dalam menvariasikan ceramah beliau selapas ini. Bukan itu saja, khabarnya beliau juga sedang memungut dana bagi membina perkampungan melayu di Balik Pulau, Subhanaallah...
Moga usaha beliau diberkati dan beliau berjaya dalam Pencetus Ummah, Duniaku Dakwahku
Barokallah..Mabruk ya Ustaz
Thursday, November 7, 2013
[MASJIDI BAITI] MASJID FAYUAN, BEIJING, CHINA
ASSALAMUALAIKUM WBT..untuk entri kali ini penulis kongsikan beberapa gambar sebuah masjid di Beijing China. Nama masjid ini ialah Masjid Fayuan. Penulis telah berkunjung sewaktu ingin menunaikan solat ketika mengunjungi ibu negara Chuina ini.
Untuk cerita lanjut, agak sukar kerana tiada maklumat lanjut yang penulis dapat berkongsi melalui temubual memandangkan kesukaran penduduk setempat berkomunikasi selain dari bahasa ibunda mereka.
Namun boleh dikatakan masjid ini adalah masjid lama yang berusia ratusan atau mungkin ribuan tahun..
Wallahualam
Meja dan kerusi sentiasa disediakan untuk mereka yang uzur bersolat dengan selesa |
Penulis di hadapan pintu utama masjid |
Ruang kompleks masjid |
Sedikit info berkenaan masjid yang dicatatkan di pintu gerbang |
Peniaga menjual makanan dihadapan masjid |
Pintu utama ke kompleks masjid |
Makanan dijual seolah2 kuih kacang di malaysia namun dicampur badam, kismis dan buah tin |
[MASJIDI BAITI] MASJID NURUL IHSAN, KOH SAMUI, THAILAND
Pintu gerbang merupakan pintu masuk ke masjid ini |
ASSALAMUALAIKUM...Sebut saja Koh Samui pasti ramai orang Malaysia mengenali kepulauan di Thailand ini sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka. Ramai juga antara kita yang telah menjejakkan kaki ke sana untuk bercuti. Keindahan pulau serta pantainya, Subhanallah cantik sangat.
Namun tahukah kita akan kewujudan sebuah masjid di sana? Mungkin yang pernah berkunjung ke pulau itu (Koh bermaksud Pulau) banyak yang akan melintasi sekurang-kurangnya jika tidak singgah kerana terdapat sebuah Restoran Makanan Halal bersebelahan masjid itu. Memang agak sukar mencari makanan halal di Pulau ini terutama di Pantai Lamai. Jika ada kebiasaan yang dijual ialah Pancake
Masjid Nurul Ihsan merupakan sebuah masjid dalam sebuah perkampungan Islam. Majoriti penduduk merupakan nelayan dan kampung ini terletak di pesisir pantai lebih dikenali sebagai Kampung Nelayan Lamai. Menurut penduduk yang masih boleh bertutur dalam bahasa Melayu, kebanyakan penduduka asal di sini bukanlah berasal dari pulau. Namun kebanyakan mereka berhijrah dari lokasi lain seperti Pattani dan Yala.
Keadaan bahagian hadapan masjid |
Jika anda tiba di pulau ini dan tidak tahu arah tuju, datanglah ke masjid ini. Insha Allah pasti ada yang membantu, malahan keramahan dan pertuturan yang sama dengan kita memudahkan lagi perbualan. Bersebealahan masjid ini terdapat sebuah resort yang diusahakan penduduk Islam di sini. Di dalamnya terdapat sebuah restoran halal yang sering menjadi kunjungan mereka yang inign mendapatkan makanan halal. Chalet yang disediakan pula cuma berharga sekitar RM40. Murah!!
Ruang persekitaran masjid dengan pintu gerbang menghala ke pantai |
Suatu ketika dulu penduduk pernah menggantung kain rentang memohon bantuan kewangan bagi membeli tanah masjid ini memandangkan ketika itu tanah masjid ini milik kerajaan Thailand. Dikhabarkan masjid ini akan diruntuhkan dan diganti dengan binaan lain. Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi atas usaha penduduk Islam di sini, masjid ini terus utuh di atas tanah yang telah dibeli walaupun majoriti penduduk ini mendirikan kediaman mereka di atas tanah yang disewa.
Keadaan dalam masjid |
Ruang solat masjid |
Mimbar masjid |
Hulurkan derma bantuan di sini |
Berbual dengan penduduk |
Berbual dengan seorang ustaz |
Penulis di depan masjid |
Keadaan rumah sekitar ,masjid |
Waktu petang di sekitar masjid |
Antara penduduk kampung ini |
Sebuah restoran halal bersebelahan masjid |
Monday, October 7, 2013
[MASJIDI BAITI] JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS BULAN OKTOBER 2013
UAI untuk makluman semua telah ke tanah suci pada builan Oktober ni. Oleh hal demikian tiada kuliah bagi bulan Oktober dan jadual kuliahnya akan dimaklumkan kemudian sekembali beliau dari tanah suci Mekah
Sama-sama kita doakan beliau selamat pergi dan kembali.
Terima kasih :)
Thursday, August 29, 2013
Wednesday, August 28, 2013
Tuesday, August 20, 2013
[MASJIDI BAITI] JEMPUTAN WALIMATULURUS
DENGAN rendah diri admin ingin menjemput sohabat-sohabat sekalian untuk ke majlis Walimatulurus admin seperti berikut :
Peta admin sediakan untuk kemudahan sohabat
Doakan kebahagiaan admin bersama pasangan dan semoga ikatan ini tidak menjadi penghalang untuk admin terus berkongsi di blog ini,,,Insha Allah
BAROKALLAH
Monday, August 12, 2013
Saturday, August 10, 2013
[MASJIDI BAITI] SALAM AIDILFITRI DARI ADMIN SEKELUARGA
Saya sekeluarga dengan rendah diri mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam di seluruh dunia
Wednesday, July 24, 2013
[MASJIDI BAITI] SOAL JAWAB KEBIASAAN BERKAITAN PUASA

Sebagai
panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan
puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-
1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya :
Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh
melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari
tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215).
Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith
riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam
An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang
menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat
Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji
Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam.
(Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority
mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)
2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia
seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur
ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke
dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya :
Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam
kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah
masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau
lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan
nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau
membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak
batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh
Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung
yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan
puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa
yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik
menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi
yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.
3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya :
Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan
memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik
adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang
telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga
masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.
4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :
Hukumnya :
Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh
Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Isu ini amat kerap
dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan
apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut
kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu
punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas
kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan
melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim
gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa.
Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang
Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik
balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam
persidangan akan datang. Namun itu adalah pandangan sebahagian ulama
kontemporari yang menyakini masuknya serbuk jisim gas ke dalam perut.
Bagaimanapun
para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor
bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh
At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana
gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala,
ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia
akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
Namun
jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini
kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh
memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesakbuat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.
Pandangan
terpilih adalah TIDAK BATAL, kerana terdapat perbezaan informasi dan
data oleh para pakar perubatan berkenaan ketepatan fakta masuknya jisim
ke dalam perut pada setiap kali semburan dibuat. Justeru, hukum puasa
adalah kekal di atas sifat asalnya iaitu sah selagi belum terdapat bukti
nyata dan diyakini terbatalnya ia. Sebagaimana kaedah Fiqh "
والأصل بقاء الشيء على ما هو عليه
Ertinya : Hukum asalnya, kekalnya hukum sesuatu pada sifat sebelumnya.
Justeru,
jika ada sekalipun jisim yang termasuk ke dalam perut, ia bukanlah
makanan yang mengenyangkan dan bukan pula dilakukan secara suka-suka
serta ia tergolong dalam ubat-ubatan yang diperlukan secara mendesak.
Selain itu, jisim yang termasuk ke dalam perut pula adalah tergolong di
dalam kategori DIMAAFKAN sebagaimana beberapa kadar air yang tertinggal
di atas lidah dan dalam hidung semasa berkumur dan berwudhu.
Wallahu'alam.
5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:
Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada
untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk
mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas
perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ;
‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan
sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana
ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak
mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah
fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd
Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar
tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268
; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun,
suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan
secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga
puasa.
6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.
Hukumnya : Tidak
membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie
mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa
adalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan
wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut
air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no
142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn
Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).
7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat
Hukumnya :
Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa
maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah
mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramadhan. Pahala puasanya pula akan terhapus. Selain
itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi
melahirkan insan taqwa, beroleh keampunan dan jauh dari maksiat.
(Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan
dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat
Ibn Hibban)
8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa
Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya
: "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia
berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan
nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : -
فجاء
شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا
صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى
بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة
وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya
: Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan
bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ;
tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi :
Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama
lain, maka nabi berkata :-
"aku
tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain,
sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad
dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya,
menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi
pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak
mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
Kesimpulannya,
ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia
boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada
persetubuhan di siang hari Ramadhan.
9) Wanita tamat haid
Wanita
tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum
naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia
tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum
apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak
dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib
boleh dibuat selepas terbit fajar.
Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya
: "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada
puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )
10) Keluar air mazi
Air
mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana
naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa
berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun
mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad
dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.
11) Keluar air mani tanpa setubuh
Mencium
dan menyentuh melalui onani sehingga keluarnya mani dengan syahwat
adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh
seluruh ulama.
Adapun
keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan
syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab
Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.
Walau
bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya
batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa
dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani
kerana sentuhan.
Keluar
air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit
tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.
12) Menelan air liur dan kahak
Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan.
Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah
sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa
atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang
mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya
dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi,
kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram
ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala
yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak
membatalkan puasa.
Tiada
masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa.
Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang
junub mandi selepas waktu subuh, namun mandi junub adalah wajib,
bagaimana pula mandi sunat atau harian yang biasa?. Jawapnya ia tidak
membatalkan puasa malah sahabat besar seperti Ibn Abbas juga pernah
disebutkan mandi ketika berpuasa. Anas bin Malik pula adakalanya
merendam kepalanya di dalam batu dipenuhi air (seperti telaga) akibat
bersangatan panas. (Rujuk Fath Al-bari). Cuma puasa hanya boleh batal
apabila seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.
14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.
Tindakan
sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan
Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan
membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
Justeru,
seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong
untuk membatalkannya. Imam Ibn Qudamah menolak pandangan yang mengatakan
tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat
juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)
15) Mengosok gigi ketika berpuasa
Persoalan ini boleh dirujuk di SINI
INFO: BLOG ROSSACALLA
Monday, July 22, 2013
[MASJIDI BAITI] SEJARAH BULAN ISLAM MENDAPAT NAMA
.
Nama-nama
bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah
dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti
berikut :
.
Muharam ( محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan “Haram”
yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab
mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya
Islam, Rasulullahصلى الله عليه وسلم meneruskan budaya ini lantas
menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
.
Safar (صفر)
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam. Safar diambil dari kata “shifr”
yang bermaksud ‘sifar’ atau ‘kosong’. Rumah menjadi kosong kerana
penduduk Arab Badwi ketika itu keluar dari kampung meninggalkan rumah
mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi
musim panas.
Perkataan Safar juga bermaksud tiupan
angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika
itu adalah waktu yang berangin.
.
Rabiulawal (ربيع الأول)
Rabiulawal merupakan bulan Islam yang
ke-3. Rabiulawal bermakna bulan pertama musim bunga iaitu biasanya waktu
ini pokok mula menghijau dan tumbuhan mengeluarkan bunga.
.
Rabiulakhir (ربيع الآخر/ ربيع الثاني)
Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang
ke-4. Rabiulakhir bermakna bulan kedua musim bunga iaitu waktu ini pokok
dan tumbuhan telah sampai ke kemuncak mengeluarkan bunga.
.
Jamadilawal (جمادي الأول)
Jamadilawal (Jamada al-Awwal) merupakan
bulan ke-5. Bulan pertama musim panas. Perkataan “Jamada” bermaksud
kering, di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada
bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.
.
Jamadilakhir (جمادي الآخر / جمادي الثاني)
Jamadilakhir (Jamada al-Akhir) merupakan
bulan ke-6. Bulan kedua musim panas. Jamadilakhir merupakan musim
kemarau yang akan berakhir keadaan bulan ini juga lebih sejuk daripada
sebelumnya yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa
ketika itu.
.
Rejab (رجب)
Rejab adalah bulan ke-7. Rejab bermaksud
mengagungkan dan membesarkan. Bulan ini salah satu bulan yang dihormati
dan pintu Ka’bah dibuka. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan
orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya.
Rejab juga merupakan satu lagi bulan suci yang diharamkan perlawanan atau peperangan dilarang berperang.
Ia dikenali juga sebagai ‘Rajab Al-A’sham’ (Rajab yang sunyi) dan ‘Rajab al Fard’. Fard
bermaksud keseorangan atau bersendirian kerana tiga bulan suci yang
lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab terasing di
tengah-tengah.
.
Syaaban (شعبان)
Bulan Syaaban terbit dari perkataan “sya’bun” yang ertinya ‘kelompok’ atau ‘golongan’ dan “syu’ba”
yang bermaksud berpecah, menyimpang dan berselerak. Masyarakat Arab
terdahulu keluar bertebaran dan berpecah secara berkelompok setelah
terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab yang kering.
Pada bulan Syaaban ini juga, mereka keluar beramai-ramai berselerak dan berpecah mencari air dan bekalan makanan.
.
Ramadhan (رمضان)
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam
kalendar Islam. Diambil daripada perkataan “ramda”, yang bermaksud batu
panas. Ia juga bererti terik atau terbakar, Ini menceritakan keadaan
panas ketika nama tersebut diberikan. Kebiasaannya pada bulan ini, cuaca
sangat terik dan amat panas di Semenanjung Arab ketika itu.
Dan setelah kemunculan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
.
Syawal (شوال)
Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata “syalat” yang bermaksud ‘mengangkat’ dan dari kata kerja ‘Tasyawwala’
yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Syawal dinamakan sedemikian
kerana bulan ini adalah musim di mana unta betina mengangkat ekor mereka
kerana tidak mahu dikawini unta jantan dan musim ini juga di mana unta
kekurangan susu kerana kebanyakan unta-unta betina bunting.
Manakakala setelah kedatangan Islam,
Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa
latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan.
Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau
perayaan kemenangan melawan hawa nafsu.
.
Zulkaedah (ذو القعدة)
Zulkaedah merupakan bulan ke-11. Perkataannya diambil daripada kata ‘Qa‘ada’ atau ‘al-qa’du’
yang bermaksud duduk. Pada bulan ini, masyarakat jahiliah mula menetap
di rumah dan tidak melakukan peperangan kerana bulan ini merupakan awal
dari tiga rangkaian bulan haram.
Inilah bulan suci ketiga yang diharamkan
sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti
perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
.
Zulhijjah (ذو الحجة)
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan
terakhir dalam setahun Hijrah. Ini adalah bulan suci terakhir dan
dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji
dilaksanakan. Bulan ini disebut Zulhijah (Az Zu al-Hijjah) yang bererti “yang empunya haji”.
Perkataan tersebut juga mengambil perkataan “haji” sebagai rujukan nama
bagi bulan haji iniiaitu waktu masyarakat Arab sibuk mengerjakan ibadah
haji ke Baitullah.
Pada zaman sebelum kedatangan Islam,
bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Makkah
(Kaabah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan
pada bulan Zulhijjah iaitu pada tarikh 8, 9 dan 10 Zulhijjah.
Wallahualam
Sunday, July 21, 2013
[MASJIDI BAITI] EBOOK : PANDUAN LENGKAP SOLAT SUNAT TERAWIH
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulanRamadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segaladosanya yang telah lalu.”(Riwayat Muslim)
Di sini merupakan sedikit perkongsian asas mengenai solat tarawih dari segi latar belakang dan panduan cara-cara menunaikan solat sunat tarawih.
Harap dapat memberi manfaat kepada semua.
........................................................................................
Sumber: Blog rossacalla
Friday, July 19, 2013
[MASJIDI BAITI] AMALKAN 6 AMALAN KESUKAAN RASULULLAH SAW DALAM BULAN RAMADHAN
AMALAN yang menghidupkan Ramadhan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadhan adalah dituntut.
Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadhan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)
Antara amalan-amalan kesukaan Nabi Muhammad S.A.W di Bulan Ramadhan adalah seperti berikut :-
1. Membaca al-Quran
Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadhan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadhan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadhan.
Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadhan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadhan, “Sesungguhnya Ramadhan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”
2. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)
3. Qiamullail
Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadhan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadhan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)
4. Solat tarawih
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
5. Mengerjakan umrah
Perkara disunatkan pada Ramadhan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadhan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)
6. Zakat fitrah
Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadhan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Sumber : KMasjid
Read more: blog rossacalla
Subscribe to:
Posts (Atom)