Friday, November 22, 2013

[MASJIDI BAITI] JOM SAKSIKAN USTAZ AZHAR IDRUS DI LAYAR PERAK


JANGAN lupa 28 NOVEMBER ini untuk saksikan kemunculan Ustaz Azhar Idrus di layar perak. USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG merupakan sebuah filem dakwah komedi arahan Pierre Andre. Filem ini telah mendapat kerjasama dan penampilan istimewa fenomena masa kini dari Ustaz Azhar untuk berlakon beberapa babak selepas 2 bulan dipujuk saudara Pierre.

Mengisahkan Dadu (Sharol Shiro) adalah seorang pemuda yang tidak mempunyai hala tuju dalam hidup dan sering dibuang kerja kerana sikapnya yang sambil lewa. Muiz (Ajak Shiro), sahabat baik kepada Dadu merupakan seorang penganggur yang mengharapkan Dadu untuk menyara kehidupan mereka berdua.

Kemunclan Hamzah (Along Eyzendy), sepupu kepada Dadu sedikit sebanyak telah membuka hati mereka untuk kembali ke jalan Allah.
Mereka semakin teruja untuk mendekatkan diri mereka kearah kebaikan setelah Hamzah mengajak mereka menonton ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus.

Di sinilah dugaan bermula setelah Dadu dan Muiz nekad untuk bertemu dan mendengar ceramah Ustaz secara langsung.

Dapatkah mereka berdua berjumpa dengan Ustaz Azhar? Apakah bentuk dugaan yang menimpa mereka?


Membawa mesej berdakwah kepada anak-anak muda, filem ini tidak ditekankan terlalu keras dan lebih santai seperti yang diminta oleh Ustaz Azhar sendiri agar tidak membosankan penonton.

Menurut Pierre, ini merupakan salah satu medium untuk beliau berdakwah dalam bentuk yang lebih santai dan terselit jenaka.

Jika anda peminat Ustaz Azhar Idrus, anda pasti akan menyukai filem terbaru terbitan M.I.G berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

‘Ustaz Mu Tunggu Aku Datang’ akan menemui penonton mulai 28 November ini di pawagam berhampiran anda.

No comments:

Post a Comment