Sunday, December 30, 2012

KISAH DISEBALIK PEMBERONTAKAN DI SYRIA

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli Sunnah Waljamaah.
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.


Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA

Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.


PUNCA KEBANGKITAN ADALAH 

Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.

Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.

Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.

Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.
Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..

84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar,

6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar..

Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;


“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”

-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.
PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat.
Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka.
tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.
TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.
Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.
Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria

-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan

-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI” dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.
Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

- Disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah.

p/s perkongsian tokoh ulama’ syria,Syeik Hassan di UPM menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.

Saturday, December 29, 2012

17 KESALAHAN BERKAITAN SOLAT

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya.”

Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

1. Meninggalkan sembahyang.
Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.Allah berfirman bermaksud: “Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?’ Mereka menjawab: “(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat.” (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)Rasulullah saw bersabda: “Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir.” (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).
2. Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan.” (Surah an-Nisa, ayat 103)Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar.Rasulullah bersabda: “Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit.” (Hadis riwayat Muslim).


3. Meninggalkan solat berjemaah.
Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: “Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).Allah berfirman, maksudnya: “Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 43).Rasulullah bersabda: “Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka.” (Muttafaq Alaih).

4. Tidak thuma’ninah dalam solat
Thuma’ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma’ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.

Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

6. Mendahului atau menyelisihi imam.
Hal ini boleh menyebabkan solat batal.

Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk… ” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: “Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka.” (Hadis riwayat Muslim).”Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.
Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

10. Tidak memakai tudung
...dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.
Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: “Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya.”

11. Melintas di depan orang yang sedang solat.
Rasulullah bersabda: “Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram
ketika mendapati imam sedang rukuk. Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.
Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya.Rasulullah bersabda: “Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!” (Hadis riwayat Abu Daud).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.
Allah berfirman, maksudnya: “Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.
Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.

16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
Nabi Muhammad saw bersabda: “Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki.” (Muttafaq Alaih)

Monday, December 10, 2012

JADUAL KULIAH USTAZ KAZIM ELIAS BULAN DISEMBER 2012

JADUAL UNTUK BULAN  NOVEMBER/DISEMBER 2012
Jadual Tertakluk kepada Pindaan

TARIKH TEMPAT TEMPAT
1 DIS
SABTU
 9.00 PAGI MASJID NASRIAH SITIAWAN 8.00 MLM MASJID DAERAH BAGAN SERAI PERAK
2 DIS
AHAD
9.00 PAGI PERKARANGAN RUMAH MENTERI BESAR PERAK 9.00 MLM DATARAN KPG BENDAHARA JALAN SG TUA BATU CAVES KL
3 DIS
ISNIN
8.00 MALAM MASJID PERMATANG TOK MAHAT PARIT BUNTAR PERAK
4 DIS
SELASA
9.00 MLM DEWAN KPG BARU BATU 1,JALAN TANJUNG TUALANG,BATU GAJAH PERAK
5 DIS
RABU
8.00 MLM MASJID JAMEK TANJUNG MALIM PERAK 
6 DIS
KHAMIS

8.00 MLM SURAU DIRI JUMAAT TAMAN JATI IPOH
7 DIS
JUMAAT

3.00 PTG BAY BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT JALAN KOMPLEK SUKAN IPOH

9.00 MLM MASJID TUAN GURU (TESCO)TANJONG TOKONG PULAU PINANG
8 DIS
SABTU



9.00 MLM MASJID ABU HURAIRAH KPG BATU BATU 5 JALAN IPOH KUALA LUMPUR
9 DIS
AHAD
9.00 PAGI  103,LORONG DELIMA 4A ,BANDAR PARKLANDS,BUKIT TINGGI KLANG SELANGOR
8.00 MLM  MASJID AL HIDAYAH TAMAN MELAWATI HULU KELANG
10 DIS
ISNIN
9.00 MLM FORUM PERDANA PERKARANGAN PEJABAT PPK TANJONG PIANDANG PERAK 
11 DIS
SELASA
9.00 MLM ARENA SQUARE KUALA KANGSAR
12 DIS
RABU
5.00 PTG  SURAU DESA JAYA KAMUNTING TAIPING 8.00 MLM MASJID JAMEK KAMUNTING TAIPING
13 DIS
KHAMIS
9.00 MLM MASJID KAMPUNG KOTA BERUAS  PERAK
 14 DIS
JUMAAT
KUTHBAH JUMAAT MASJID GHUFRAN MANJOI IPOH PERAK 9.00 MLM ARENA SQUARE BATU GAJAH PERAK
15 DIS
SABTU

16 DIS
AHAD
9.00 PG PERKARANGAN RUMAH MENTERI BESAR PERAK 9.00 MLM FORUM PERDANA DATARAN  LAWIN  PERAK
17 DIS
ISNIN

9.00 MLM PADANG SEKOLAH SUNGAI TIANG DARAT BAGAN DATUK PERAK
18 DIS
SELASA
 BERCUTI BERCUTI
19 DIS
RABU
BERCUTI                           BERCUTI
20 DIS
KHAMIS
BERCUTI BERCUTI
21 DIS
JUMAAT
BERCUTI BERCUTI
22 DIS
SABTU
BERCUTI BERCUTI
23 DIS
AHAD
BERCUTI BERCUTI
24 DIS
ISNIN
BERCUTI BERCUTI
25 DIS
SELASA
BERCUTI BERCUTI
26 DIS
RABU
BERCUTI   BERCUTI
27 DIS
KHAMIS
BERCUTI BERCUTI
28 DIS
JUMAAT
KHUTBAH JUMAAT MASJID KPG DATO AHMAD SAID 3 MANJOI IPOHPERAK 7.30  MLM  SURAU AL AZIM JALAN ENGGANG SELATAN TAMAN KERAMAT KUALA LUMPUR
29 DIS
SABTU


7.30 MLM MASJID JAMEK KPG SETOL SEBERANG PERAI PULAU PINANG
30 DIS
AHAD

SINGAPURA
31 DIS
ISNIN
                    SINGAPURA

Tuesday, December 4, 2012

JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS BULAN DISEMBER 2012

Salah seorang da'ei yang sangat dikenali pada masa kini. Celotehnya yang diselang seli dengan jenaka menyebabkan ianya mudah difahami dan tidak membosankan terutama bagi golongan muda. Walaupun terdapat beberapa puak yang mempertikaikan latar belakang pengajiannya, ianya melibatkan musuh politik dan ternyata tidak menggugat beliau dari menghimpunkan ribuan manusia dalam siri jelajah kuliahnya. Pendekatan beliau menyebabkan ramai golongan muda dan artis mendekati agama
 
 

PENJELASAN USTAZ AZHAR IDRUS BERKAITAN GAMABAR DI MC DONALDS


Gambar ini adalah gambar lama. Isu ini dibangkitkan semula sejak memboikot McDonald baru-baru ini. UAI ada penjelasan akan Gambarnya Di McDonald


ps~ Biasalah, time org Malaysia ngah semangat nak bela Palestin, baik juga semangat tu.Tapi tunggu la 2 3 bulan bila isu serangan Israel reda, penuh plak la McD ngn org2 Melayu Islam ni :)
sumber : triggy.com