Friday, November 22, 2013

[MASJIDI BAITI] PENCETUS UMAH...RANCANGAN REALITI BARU DI ASTRO OASIS!!


Tidak dinafikan dewasa ini program-program berbentuk ceramah agama sering menjadi tumpuan umat Islam lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan penceramah-penceramah bebas yang hebat seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan sebagainya.

Oleh itu, pihak Astro Oasis telah mengambil inisiatif menyiarkan sebuah program berjudul Pencetus Ummah yang membawakan penonton merasai pengalman menonton 12 peserta yang menggunakan pelbagai cara kreatif dalam menyampaikan dakwah.

Ianya merupakan sebuah program realiti Islamik terbaru yang bertemakan ‘Duniaku Dakwahku’ dengan pelbagai cara kreatif yang tidak disangka boleh disimbolkan sebagai duniaku  di mana para peserta program berusaha menggunakan pelbagai platform yang wujud dalam dunia untuk membawa mesej Islam dalam dakwah kepada manusia sejagat.

Minggu pertama Pencetus Ummah menyaksikan 12 peserta diberikan tema ‘Lagu’ untuk menguji kemampuan mereka mengulas lebih lanjut tentang apa yang dimaksudkan dengan muzik dan lagu mengikut hukum agama dan syarak.


Mengikut teguran yang diberikan oleh tiga juri tetap iaitu Ustaz Datuk Hassan Mahmood, Ustaz Kazim Elias dan Abby Fana rata-rata menekankan gaya persembahan dan penggunakan hadith-hadith Al-Quran perlu bertepatan dengan apa yang sedia ada supaya ianya tidak mengelirukan para penonton.

Beberapa peserta seperti PU Fakhrul, PU Razi, PU Shahrul dan PU Yeop menampakkan kematangan dan keyakinan yang tinggi dalam menyampai dakwah mereka dengan jelas dan mudah. Malah gaya percakapan dan interaksi bersama para penonton yang bagus memberi kelebihan buat mereka berempat untuk menerima pujian daripada tiga juri utama.

No comments:

Post a Comment