|
Pintu gerbang merupakan pintu masuk ke masjid ini |
ASSALAMUALAIKUM...Sebut saja Koh Samui pasti ramai orang Malaysia mengenali kepulauan di Thailand ini sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka. Ramai juga antara kita yang telah menjejakkan kaki ke sana untuk bercuti. Keindahan pulau serta pantainya, Subhanallah cantik sangat.
Namun tahukah kita akan kewujudan sebuah masjid di sana? Mungkin yang pernah berkunjung ke pulau itu (Koh bermaksud Pulau) banyak yang akan melintasi sekurang-kurangnya jika tidak singgah kerana terdapat sebuah Restoran Makanan Halal bersebelahan masjid itu. Memang agak sukar mencari makanan halal di Pulau ini terutama di Pantai Lamai. Jika ada kebiasaan yang dijual ialah Pancake
Masjid Nurul Ihsan merupakan sebuah masjid dalam sebuah perkampungan Islam. Majoriti penduduk merupakan nelayan dan kampung ini terletak di pesisir pantai lebih dikenali sebagai Kampung Nelayan Lamai. Menurut penduduk yang masih boleh bertutur dalam bahasa Melayu, kebanyakan penduduka asal di sini bukanlah berasal dari pulau. Namun kebanyakan mereka berhijrah dari lokasi lain seperti Pattani dan Yala.
|
Keadaan bahagian hadapan masjid |
Jika anda tiba di pulau ini dan tidak tahu arah tuju, datanglah ke masjid ini. Insha Allah pasti ada yang membantu, malahan keramahan dan pertuturan yang sama dengan kita memudahkan lagi perbualan. Bersebealahan masjid ini terdapat sebuah resort yang diusahakan penduduk Islam di sini. Di dalamnya terdapat sebuah restoran halal yang sering menjadi kunjungan mereka yang inign mendapatkan makanan halal. Chalet yang disediakan pula cuma berharga sekitar RM40. Murah!!
|
Ruang persekitaran masjid dengan pintu gerbang menghala ke pantai |
Suatu ketika dulu penduduk pernah menggantung kain rentang memohon bantuan kewangan bagi membeli tanah masjid ini memandangkan ketika itu tanah masjid ini milik kerajaan Thailand. Dikhabarkan masjid ini akan diruntuhkan dan diganti dengan binaan lain. Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi atas usaha penduduk Islam di sini, masjid ini terus utuh di atas tanah yang telah dibeli walaupun majoriti penduduk ini mendirikan kediaman mereka di atas tanah yang disewa.
|
Keadaan dalam masjid |
|
Ruang solat masjid |
|
Mimbar masjid |
|
Hulurkan derma bantuan di sini |
|
Berbual dengan penduduk |
|
Berbual dengan seorang ustaz |
|
Penulis di depan masjid |
|
Keadaan rumah sekitar ,masjid |
|
Waktu petang di sekitar masjid |
|
Antara penduduk kampung ini |
|
Sebuah restoran halal bersebelahan masjid |
No comments:
Post a Comment