Friday, November 22, 2013

[MASJIDI BAITI] JOM SAKSIKAN USTAZ AZHAR IDRUS DI LAYAR PERAK


JANGAN lupa 28 NOVEMBER ini untuk saksikan kemunculan Ustaz Azhar Idrus di layar perak. USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG merupakan sebuah filem dakwah komedi arahan Pierre Andre. Filem ini telah mendapat kerjasama dan penampilan istimewa fenomena masa kini dari Ustaz Azhar untuk berlakon beberapa babak selepas 2 bulan dipujuk saudara Pierre.

Mengisahkan Dadu (Sharol Shiro) adalah seorang pemuda yang tidak mempunyai hala tuju dalam hidup dan sering dibuang kerja kerana sikapnya yang sambil lewa. Muiz (Ajak Shiro), sahabat baik kepada Dadu merupakan seorang penganggur yang mengharapkan Dadu untuk menyara kehidupan mereka berdua.

Kemunclan Hamzah (Along Eyzendy), sepupu kepada Dadu sedikit sebanyak telah membuka hati mereka untuk kembali ke jalan Allah.
Mereka semakin teruja untuk mendekatkan diri mereka kearah kebaikan setelah Hamzah mengajak mereka menonton ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus.

Di sinilah dugaan bermula setelah Dadu dan Muiz nekad untuk bertemu dan mendengar ceramah Ustaz secara langsung.

Dapatkah mereka berdua berjumpa dengan Ustaz Azhar? Apakah bentuk dugaan yang menimpa mereka?


Membawa mesej berdakwah kepada anak-anak muda, filem ini tidak ditekankan terlalu keras dan lebih santai seperti yang diminta oleh Ustaz Azhar sendiri agar tidak membosankan penonton.

Menurut Pierre, ini merupakan salah satu medium untuk beliau berdakwah dalam bentuk yang lebih santai dan terselit jenaka.

Jika anda peminat Ustaz Azhar Idrus, anda pasti akan menyukai filem terbaru terbitan M.I.G berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

‘Ustaz Mu Tunggu Aku Datang’ akan menemui penonton mulai 28 November ini di pawagam berhampiran anda.

[MASJIDI BAITI] PENCETUS UMAH...RANCANGAN REALITI BARU DI ASTRO OASIS!!


Tidak dinafikan dewasa ini program-program berbentuk ceramah agama sering menjadi tumpuan umat Islam lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan penceramah-penceramah bebas yang hebat seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan sebagainya.

Oleh itu, pihak Astro Oasis telah mengambil inisiatif menyiarkan sebuah program berjudul Pencetus Ummah yang membawakan penonton merasai pengalman menonton 12 peserta yang menggunakan pelbagai cara kreatif dalam menyampaikan dakwah.

Ianya merupakan sebuah program realiti Islamik terbaru yang bertemakan ‘Duniaku Dakwahku’ dengan pelbagai cara kreatif yang tidak disangka boleh disimbolkan sebagai duniaku  di mana para peserta program berusaha menggunakan pelbagai platform yang wujud dalam dunia untuk membawa mesej Islam dalam dakwah kepada manusia sejagat.

Minggu pertama Pencetus Ummah menyaksikan 12 peserta diberikan tema ‘Lagu’ untuk menguji kemampuan mereka mengulas lebih lanjut tentang apa yang dimaksudkan dengan muzik dan lagu mengikut hukum agama dan syarak.


Mengikut teguran yang diberikan oleh tiga juri tetap iaitu Ustaz Datuk Hassan Mahmood, Ustaz Kazim Elias dan Abby Fana rata-rata menekankan gaya persembahan dan penggunakan hadith-hadith Al-Quran perlu bertepatan dengan apa yang sedia ada supaya ianya tidak mengelirukan para penonton.

Beberapa peserta seperti PU Fakhrul, PU Razi, PU Shahrul dan PU Yeop menampakkan kematangan dan keyakinan yang tinggi dalam menyampai dakwah mereka dengan jelas dan mudah. Malah gaya percakapan dan interaksi bersama para penonton yang bagus memberi kelebihan buat mereka berempat untuk menerima pujian daripada tiga juri utama.

[MASJIDI BAITI] USTAZ SHAHUL HAMID PON SERTAI PENCETUS UMMAH!!


SEBUT nama Ustaz Shahul Hamid, orang Penang terutamanya dan orang utara amnya pasti kenal akan pemilik nama ini. Beliau tidak asing lagi keranan sering memberi kuliah dan ceramah di sekitar Pulau Pinang khususnya.

Agak mengejutkan apabila beliau telah menyertai ujibakat dan terpilih sebagai peserta dalam rancangan realiti terbaru PENCETUS UMMAH yang bersiaran secara langsung mulai 21/11/2013 di ASTRO OASIS.

Namun mungkin ianya sebahagian platform beliau menggali ilmu baru dalam menvariasikan ceramah beliau selapas ini. Bukan itu saja, khabarnya beliau juga sedang memungut dana bagi membina perkampungan melayu di Balik Pulau, Subhanaallah...

Moga usaha beliau diberkati dan beliau berjaya dalam Pencetus Ummah, Duniaku Dakwahku

Barokallah..Mabruk ya Ustaz


Thursday, November 7, 2013

[MASJIDI BAITI] MASJID FAYUAN, BEIJING, CHINA


ASSALAMUALAIKUM WBT..untuk entri kali ini penulis kongsikan beberapa gambar sebuah masjid di Beijing China. Nama masjid ini ialah Masjid Fayuan. Penulis telah berkunjung sewaktu ingin menunaikan solat ketika mengunjungi ibu negara Chuina ini. 

Untuk cerita lanjut, agak sukar kerana tiada maklumat lanjut yang penulis dapat berkongsi melalui temubual memandangkan kesukaran penduduk setempat berkomunikasi selain dari bahasa ibunda mereka.

Namun boleh dikatakan masjid ini adalah masjid lama yang berusia ratusan atau mungkin ribuan tahun..
Wallahualam

Meja dan kerusi sentiasa disediakan untuk mereka yang uzur bersolat dengan selesa

Penulis di hadapan pintu utama masjid

Ruang kompleks masjid

Sedikit info berkenaan masjid yang dicatatkan di pintu gerbang

Peniaga menjual makanan dihadapan masjid

Pintu utama ke kompleks masjid

Makanan dijual seolah2 kuih kacang di malaysia namun dicampur badam, kismis dan buah tin

[MASJIDI BAITI] MASJID NURUL IHSAN, KOH SAMUI, THAILAND

Pintu gerbang merupakan pintu masuk ke masjid ini

ASSALAMUALAIKUM...Sebut saja Koh Samui pasti ramai orang Malaysia mengenali kepulauan di Thailand ini sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka. Ramai juga antara kita yang telah menjejakkan kaki ke sana untuk bercuti. Keindahan pulau serta pantainya, Subhanallah cantik sangat.

Namun tahukah kita akan kewujudan sebuah masjid di sana? Mungkin yang pernah berkunjung ke pulau itu (Koh bermaksud Pulau) banyak yang akan melintasi sekurang-kurangnya jika tidak singgah kerana terdapat sebuah Restoran Makanan Halal bersebelahan masjid itu. Memang agak sukar mencari makanan halal di Pulau ini terutama di Pantai Lamai. Jika ada kebiasaan yang dijual ialah Pancake

Masjid Nurul Ihsan merupakan sebuah masjid dalam sebuah perkampungan Islam. Majoriti penduduk merupakan nelayan dan kampung ini terletak di pesisir pantai lebih dikenali sebagai Kampung Nelayan Lamai. Menurut penduduk yang masih boleh bertutur dalam bahasa Melayu, kebanyakan penduduka asal di sini bukanlah berasal dari pulau. Namun kebanyakan mereka berhijrah dari lokasi lain seperti Pattani dan Yala.

Keadaan bahagian hadapan masjid

Jika anda tiba di pulau ini dan tidak tahu arah tuju, datanglah ke masjid ini. Insha Allah pasti ada yang membantu, malahan keramahan dan pertuturan yang sama dengan kita memudahkan lagi perbualan. Bersebealahan masjid ini terdapat sebuah resort yang diusahakan penduduk Islam di sini. Di dalamnya terdapat sebuah restoran halal yang sering menjadi kunjungan mereka yang inign mendapatkan makanan halal. Chalet yang disediakan pula cuma berharga sekitar RM40. Murah!!

Ruang persekitaran masjid dengan pintu gerbang menghala ke pantai

Suatu ketika dulu penduduk pernah menggantung kain rentang memohon bantuan kewangan bagi membeli tanah masjid ini memandangkan ketika itu tanah masjid ini milik kerajaan Thailand. Dikhabarkan masjid ini akan diruntuhkan dan diganti dengan binaan lain. Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi atas usaha penduduk Islam di sini, masjid ini terus utuh di atas tanah yang telah dibeli walaupun majoriti penduduk ini mendirikan kediaman mereka di atas tanah yang disewa.

Keadaan dalam masjid

Ruang solat masjid

Mimbar masjid

Hulurkan derma bantuan di sini

Berbual dengan penduduk 

Berbual dengan seorang ustaz

Penulis di depan masjid

Keadaan rumah sekitar ,masjid

Waktu petang di sekitar masjid

Antara penduduk kampung ini

Sebuah restoran halal bersebelahan masjid

[MASJIDI BAITI] JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS BULAN NOVEMBER 2013