Tuesday, November 25, 2014

MASJIDI BAITI: TENANGKAN HATI DENGAN ZIKIR HASBI ALLAH


Cukuplah Allah Bagiku
Sebaik-baik Pelindung
Sebaik-baik Penjaga
Sebaik-baik Penolong

Monday, June 30, 2014

[MASJIDI BAITI] SALAM RAMADHAN..SELAMAT BERPUASA



ADMIN mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa dalam Bulan Ramadhan ini..Ramadhan 1435 H. Sama-sama kita mengambil keberkatan bulan yang penuh syafaat ini untuk berlumba-lumba melipatgandakan amal ibadah kita,mudah-mudahan kesemua amalan kita diterima Allah SWT

sumber: muzir.wordpress.com

[MASJIDI BAITI] TAHNIAH KEPADA PEMAIN ISLAM DI PIALA DUNIA BRAZIL 2014

SEKALUNG penghargaan dan tahniah kita ucapkan kepada mereka yang beragama Islam yang bermain di Piala Dunia FIFA Brazil 2014 yang masih lagi berpuasa walaupun terpaksa bermain di panas terik. Kita tahu yang Piala Dunia kali ini ada harinya dalam bulan puasa

Ramai juga pemain kali ini yang beragama Islam seperti dalam pasukan Algeria, Germany, Perancis dan lain-lain. Namun difahamkan ada pemain yang mempunyai semangat kental terus berpuasa seperti ketua pasukan Algeria.

Sekurang-kurangnya ia dapat menunjukkan kepada orang ramai bahawa berpuasa juga tidak menjejaskan stamina pemain. Alhamdulilah


Yang menarik lagi tentnag pasukan Algeria dalam saingan Piala dunia kali ini ialah permintaan khas pasukan-pasukan yang bertanding. Jika Jepun inginkan sebuah jacuzi dalam setiap bilik pemain namun bagi Algeria, mereka inginkan sebuah Al-Quran bagi setiap bilik pemainnya yang beragama Islam..Subhanallah


Tuesday, May 6, 2014

[MASJIDI BAITI] JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS BULAN MEI 2014

KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS MEI 2014

1.5.2014 Khamis, Stadium Sultan Muhammad Kota Bharu Kelantan.
.
2.5.2014 Jumaat Surau Kg. Ladang K.Trg.
.
3.5.2014 Sabtu Masjid Tg Mahkota Abdullah Kuala Rompin Pahang

4.5.2014 Ahad Masjid Negeri Kuantan Pahang (10.30pagi)

5.5.2014 Isnin (Tiada Kuliah)

6.5.2014 Selasa Masjid Kg. Butut Kuala Bring Hulu Trg

7.5.2014 Rabu Surau Pak Tuyu K.Trg

8.5.2014 Khamis Surau Wan Esah Simpang Tokku K.Trg

9.5.2014 Jumaat Masjid Batu Buruk K.Trg

10.5.2014 Sabtu Masjid An-Nur UTP Bandar Iskandar Teronoh Perak

11.5.2014 Ahad Surau Nurul Huda Kg. Tersusun Bt 6 Ulu Kinta Perak

12.5.2014 Isnin (Tiada Kuliyah)

13.5.2014 Selasa Masjid Pulau Ketam K.Trg

14.5.2014 Rabu Masjid Kg. Kijing Matang

15.5.2014 Khamis Surau Alor Besar Kg. Nibung K.Trg

16.5.2014 Jumaat Masjid Syarifah Fatimah Bt. 13 Kamunting Jitra Kedah

17.5.2014 Sabtu Komplek MATIN Kg. Abi Padanng Machang Perlis

18.5.2014 Ahad Komplek MADI Jejawi Dalam Jejawi Perlis

19.5.2014 Isnin Masjid Pengadang Baru K.Trg

20.5.2014 Selasa Masjid Lama Surau Dungun

21.5.2014 Rabu Surau Al-Iman Kg. Losong K.Trg

22.5.2014 Khamis Surau Taman Panalex Kerteh Terengganu

23.5.2014 Jumaat (Tiada Kuliyah)

24.5.2014 Sabtu Lorong Raja Bot Kg. Baru KL

25.5.2014 Ahad Padang MPAJ Taman Keramat AU2 Selangor

26.5.2014 Isnin Surau Taufiqiyah Tmn Pinggiran Senawang N.Sembilan

27.5.2014 Selasa (Tiada Kuliyah)

28.5.2014 Rabu Karnival Dakwah Simpang Santung, Paka Trg (9.30 malam)

29.5.2014 Khamis Masjid Batu 6 K.Trg

30.5.2014 Jumaat Masjid Titian Baru Kedai Buluh K.Trg

31.5.2014 Sabtu Surau Flat Gelung Bilal Pasir Panjang K.Trg

Monday, January 27, 2014

[MASJIDI BAITI] MAJLIS TAFAQQUH FID DIN BERSAMA PU SHAHUL


[MASJIDI BAITI] MP3 - Duniaku Dakwahku by Ayai Illusi ft Altimet (OST PencetusUmmah)



Ayuh
Duniaku dakwahku
Ya Rahim, mohon terangkan
Hatiku tikaku beri keterangan
Ya Karim, mohon senangkan
Usahaku caraku dalam menyebarkan
Nama-Mu, cahaya-Mu, wahidku, Kau yang satu

Satu kalam cetusan minda-Mu
Kan menyubur indah imanku
Kala hatiku dirundungi mega
Kembali ke jalan syurga-Nya

Tiada ikutan yang terpaling indah
Membawaku tenang di sana
Dakwahku seikhlas hati terbina
Pencetus rasa di jiwa

Hanya iman pengubat jiwa
Dakwahku ummah terbela
Yang buruk disangkal, yang benar dimulia
Tegakkan syariat di dunia

Tiada gentar tempuh segala
Hidup kita hanya milik-Nya
Takkanku berpaling dari-Nya
Duniaku dakwahku selamanya

Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Allahu Allahu Akbar

Dakwahku percaturan
Dakwahku bak pelaburan
Moga esok nanti bila ia matang
Berbuah sebelum sangkakala datang
Biar dakwahku menjadi bekalan
Untuk aku, kamu dan semua kenalan
Banyak tarikan ranjau sepanjang jalan
Dakwahku menyuluh langkahku ke hadapan

Hanya iman pengubat jiwa
Dakwahku ummah terbela
Yang buruk disangkal, yang benar dimulia
Tegakkan syariat di dunia

Tiada gentar tempuh segala
Hidup kita hanya milik-Nya
Takkan ku berpaling dari-Nya
Duniaku dakwahku selamanya

Ya Rahim, mohon terangkan
Hatiku tika aku beri keterangan
Ya Karim, mohon senangkan
Usahaku caraku dalam menyebarkan

Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Allahu Allahu Akbar

MUAT TURUN MP3==>> DUNIAKU DAKWAHKU MP3

Sunday, January 26, 2014

[MASJDI BAITI] KENALI MEREKA: USTAZ DON

 
 
BUAT mereka yang pernah menonton rancangan 30 MINIT BERSAMA USTAZ DON di SIARAN TV AL-HIJRAH terutama mereka yang berasal dari utara pasti akan menyukai penyampaian jejaka ini. Loghat utaranya kekadang menimbulkan kelucuan. Tapi mungkin beliau masih agak asing jika ingin dibandingkan dengan Ustaz Kazim atau Akhil Hayy.Namun usianya yang masih muda, pasti ia akan menjadi penceramah tersohor sebaris dengan penceramah lain.

Kita usha sikit latar belakang beliau....Jommm!!!

Biodata Ustaz Don


Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Umur: 27 tahun
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang

Tuesday, January 7, 2014

[MASJIDI BAITI] DOWNLOAD FULL RAKAMAN VIDEO SEMBANG SANTAI AMBANG 2014 BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS


Seperti tahun tahun sebelumnya, sambutan tahun baru bersama Ustaz Azhar Idrus diteruskan lagi, kali ini Sambutan Ambang Tahun Baru 2014 Bersama Ustaz Syed Norhisyam dan Ustaz Azhar Idrus di buat di Padang Majlis Perbandaran Butterworth, Pulau Pinang.


Selain Ustaz Azhar Idrus, Sambutan Ambang Tahun Baru 2014 di Pulau Pinang ini juga membawakan nama-nama besar seperti Pierre Andre, Syamsul Yusuf, Kumpulan Shiro, Motoris Hafisz Shahrin dan Kumpulan Saujana.Namun di saat akhir Kumpulan Shiro tidak dapat hadir ke majlis berkenaan


BERIKUT merupakan link muat turun video rakaman Program berkenaan

MKV file (700MB)
SINGLE LINK
 


MKV FILE (1.2 GB)
SINGLE LINK


[MASJIDI BAITI] JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS JANUARI 2014