Monday, May 20, 2013

[MASJIDI BAITI] CERAMAH ISRA MIKRAJ DI MASJID ABDULLAH FAHIM BERTAM


[MASJIDI BAITI] KULIAH MASJID TAMAN GUAR PERAHU BULAN MEI 2013


[MASJIDI BAITI] PEREKA FESYEN TERKENAL PELUK ISLAM ~ ALHAMDULILLAH


Pereka fesyen tanah air bertaraf antarabangsa, Calvin Thoo diberitakan telah memeluk agam Islam. Sejak semalam, nama jejaka ini menjadi bualan di laman sosial Twitter dan ramai memperkatakan tentang Calvin telah bergelar saudara baru (mualaf).
Di beberapa blog di internet menyebut, Calvin Thoo telah mengucap dua kalimah syahadah pada jam 3 petang semalam dengan disaksikan Ustaz Dato’ Ismail Kamus, Dato’ Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi.
Dalam sebuah blog menyebut Calvin menyatakan beliau menerima hidayah untuk memeluk islam selepas beliau mendapat satu mimpi dan dalam mimpi itu beliau bersyahadah.
Calvin sudah berkecimpung dalam dunia industri rekaan dan fesyen sejak lebih 17 tahun. Beliau mempunyai label jenama sendiri dan butik yang terletak di tingkat 4, pusat membeli belah Lot 10. Calvin juga sering menjadi pereka fesyen untuk artis tanah air sempena acara besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan banyak lagi.
Sumber: Malaysian Digest

[MASJIDI BAITI] USTAZ KAZIM PENCEN?

 
PENCERAMAH BEBAS yang juga Mudir di Pusat Pendidikan Al Barokah akhinya hari ini mengumumkan akan bersara dari memberikan ceramah. Tindakan ini dilakukan akibat tekanan melampau dari bebrapa pihak termasuk ugutan bunuh. Demi menjamin keselamatan dan keselesaan keluarganya, beliau membuat keputusan akan  berhenti dari program-program ceramah berkuatkuasa 28 November ini.
Ustaz Kazim Elias 41 tahun sudah lebih  20 tahun berceramah. Namun tarikh yang diletakkan beliau untuk berhenti adalah amat jauh lagi. Macam-macam boleh berlaku, boleh jadi beliau menukar keputusan. Jika benar beliau terdesak dengan isu keselamatan pasti belaiu akan berhenti serta merta. Kemungkinan juga beliau terpaksa menghabiskan siri ceramah beliau yang telah dipersetujui dengan pihak-pihak penganjur sebelum berhenti sepenuhnya
Beliau yang merupakan penceramah popular sebelum Ustaz Azhar Idrus berdepan ketidakpuasan hati beberapa pihak akhir-akhir ini terutama di Kedah akibat tindakan beliau sendiri. Namun kesahihan tidak dapat dibuktikan. Cuma apa yang dapat dilihat Ustaz kini lebih banyak berceramah di negeri kelahirannya, Perak
Untuk rekod nama beliau pernah tercatat antara sepuluh carian tertinggi Google di Malaysia tahun lalu

Wednesday, May 1, 2013

[MASJIDI BAITI] SEMINAR FIQH PENGHAYATAN SOLAT

::Seminar Fiqh & Penghayatan Solat, 11 Mei 2013::

Bagi yang tidak berkesempatan untuk menyertai Seminar Fiqh & Penghayatan Solat yang lepas.

Jangan lepaskan peluang ini. Daftar di www.tiny.cc/solat2013 atau www.k-fiqh.com

[MASJIDI BAITI] CERAMAH MANISNYA KAHWIN MUDA

Mari sertai kami pada 17MEI 2013 ini didalam ceramah 'MANISNYA KAHWIN MUDA'
bersama HILAL ASYRAF & USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI

di DTSP , 8.30PM - 11.00PM

DAPATKAN TIKET DI BOOTH DI HADAPAN DK FOYER MULAI RABU(24 APRIL 2013) INI

"berilmu sambil beramal"

50% daripada keuntungan anda akan disumbangkan kepada rumah kebajikan di sekitar pulau pinang.

Moga tuhan rahmati kita :)
Amin.

anjuran : Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) USM

SUMBER: FB PAGE Kuliah Agama Sekitar Pulau Pinang 


[MASJIDI BAITI] SUNNAH MEMOTONG KUKU