17 KESALAHAN BERKAITAN SOLAT
SEMBAHYANG adalah amalan
pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang
seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya.”
Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:
1. Meninggalkan sembahyang.
Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan
ijmak.Allah berfirman bermaksud: “Apakah yang membuat kalian masuk ke
dalam Neraka Saqar?’ Mereka menjawab: “(Kerana) kami dulu tidak termasuk
orang yang mendirikan solat.” (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)Rasulullah
saw bersabda: “Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat,
barang siapa meninggalkannya maka dia kafir.” (Hadis riwayat Ahmad dan
lainnya).
2. Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman
dalam waktu yang sudah ditentukan.” (Surah an-Nisa, ayat 103)Oleh itu,
melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah
berdosa besar.Rasulullah bersabda: “Itu adalah solat orang munafik. Dia
duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua
tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat,
sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit.” (Hadis
riwayat Muslim).
3. Meninggalkan solat berjemaah.
Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang
dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: “Siapa yang mendengarkan
seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya,
kecuali kerana uzur.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).Allah berfirman,
maksudnya: “Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah,
ayat 43).Rasulullah bersabda: “Kemudian aku mengutus (utusan) kepada
orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka.”
(Muttafaq Alaih).
4. Tidak thuma’ninah dalam solat
Thuma’ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma’ninah
ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara
dua sujud.
Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya,
tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.
5. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.
6. Mendahului atau menyelisihi imam.
Hal ini boleh menyebabkan solat batal.
Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti,
kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir
sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan
kalian rukuk sampai dia rukuk… ” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.
8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: “Hendaklah orangmu
berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau
Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka.” (Hadis riwayat
Muslim).”Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya
ia adalah suatu kebinasaan.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.
Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.
10. Tidak memakai tudung
...dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat
adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.
Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab:
“Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang
menutupi kedua-dua telapak kakinya.”
11. Melintas di depan orang yang sedang solat.
Rasulullah bersabda: “Seandainya orang yang lalu di depan orang solat
itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun)
lebih baik baginya daripada melintas di depannya.” (Hadis riwayat
al-Bukhari dan Muslim).
12. Tidak melakukan takbiratul ihram
ketika mendapati imam sedang rukuk. Takbiratul ihram adalah rukun solat
dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam
yang sedang rukuk.
13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.
Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika
itu sedang duduk, sujud atau lainnya.Rasulullah bersabda: “Jika kalian
datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!” (Hadis riwayat
Abu Daud).
14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.
Allah berfirman, maksudnya: “Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan
anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa
melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah
al-Munafiqun, ayat 9).
15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.
Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat
dengan memejamkan mata.Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan,
misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi
kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.
16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kalian mahu meluruskan barisan kalian
atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian.” (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim).
17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
Nabi Muhammad saw bersabda: “Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh
anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke
hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki.” (Muttafaq Alaih)
No comments:
Post a Comment