Monday, June 17, 2013

[MASJIDI BAITI] TURKI DISERANG TUNJUK PERASAAN

DALAM tempoh dua minggu ini Turki diserang oleh tunjuk perasaan. Ianya dikatakan bermula apabila kerajaan pimpinan Perdana Menteri Turki dari Parti Keadilan Dan pembangunan (AKP), Recep tayyib Erdogan ingin menukar kawasan Gezi park untuk dikomersialkan. Ianya pada mulanya mendapat bantahan sekumpulan aktivis pencipnta alam yang melakukan protes dengan berkunpul di kawasan tersebut.

Malangnya ianya telah diambil kesempatan oleh aktivis lain berhaluan kiri yang membawa agenda lain yang tidak berkaitan sehingga memaksa perletakan jawatan Perdana Menteri itu.

Apa ada pada Gezi park? Gezi Park ialah kawasan pelancongan terutama pelancong eropah. Ianya dikenali sebagai the Heart of Istanbul juga The New paris. Di situ terletak pusat beli belah,hotel mewah, pub dan juga disko.

selain itu ianya juga merupakan kawasan perayaan anak muda Turki meraikan pembentukan Republik Turki berasaskan ideologi sekularisme selepas kejatuhan Kerajaan Uthmaniah yang ditunjang Mustapa kamal Atartuk.

Dikatakan Erdagon cuba mengubah sekularisme yang sudah sebati dengan kehidupan di negara itu dengan gerakan Islamisme. Beliau ingin membuktikan bahawa Islamisme mampu menjana Turki lebih berjaya berbanding sebelum ini.

Cita-cita beliau dikatakan amat tinggi ingin mengembalikan kegemilangan Islam seperti mana zaman Uthmaniah dan menyedarkan rakyat bahawa Turki adalah bangsa hebat dan digeruni Barat. Namun beliau tidak boleh tergesa-gesa dan menjalankan Islamisasi secara perlahan-lahan kerana menyedari sekularisme yang sebati dengan rakyatnya. Dasar sekularisme sejak zaman Kamal Atartuk masih dikekalkan sejak beliau mengambil alih dan bertindak bijak tidak mengubahnya secara drastik

Namun tindakan beliau dapat dihidu golongan haluan kiri yang melancarkan kecaman dan menuduh beliau mengkhianati mandat rakyat. Walaupun hakikatnya barisan pentadbiran Erdagon sebenarnya brjaya mengekalkan kestabilan ekonomi dan politik. Di bawah pimpinan beliau hutang IMF dilangsaikan, setiap bandar mempunyai universiti, dan 206 empangan dibina serta kekayaan telah diagihkan kepada rakyat yang mana ianya adalah xzaman terbaik Turki berbanding Perdana Menteri sebelum ini.

Hasrat beliau yang ingin menjadikan dataran tersebut sebagai Pusat Ottoman yang pernah dihapuskan Atartuk sebagai simbol Islamisasinya itulah yang menjadi kecaman haluan kiri yang tidak mahu Islam menjadi tunggak kepada Turki. Hasratnya itu jugalah yang menjadikan segala kejayaan beliau memimpin Turki dilupakan dan gesaan agar beliau meletak jawatan dilancarkan golongan ini.

Jika benar hasrat beliau ingin mengembalikan gerakan Islam di negara ini, kita seharusnya menyokong dan berdoa agar hasrat tersebut terus berjaya dan mendapat pertolongan Allah.


No comments:

Post a Comment