PENCERAMAH BEBAS yang juga Mudir di Pusat Pendidikan Al Barokah akhinya
hari ini mengumumkan akan bersara dari memberikan ceramah. Tindakan ini
dilakukan akibat tekanan melampau dari bebrapa pihak termasuk ugutan
bunuh. Demi menjamin keselamatan dan keselesaan keluarganya, beliau
membuat keputusan akan berhenti dari program-program ceramah
berkuatkuasa 28 November ini.
Ustaz Kazim Elias 41 tahun sudah lebih 20 tahun berceramah. Namun
tarikh yang diletakkan beliau untuk berhenti adalah amat jauh lagi.
Macam-macam boleh berlaku, boleh jadi beliau menukar keputusan. Jika
benar beliau terdesak dengan isu keselamatan pasti belaiu akan berhenti
serta merta. Kemungkinan juga beliau terpaksa menghabiskan siri ceramah
beliau yang telah dipersetujui dengan pihak-pihak penganjur sebelum
berhenti sepenuhnya
Beliau yang merupakan penceramah popular sebelum Ustaz Azhar Idrus
berdepan ketidakpuasan hati beberapa pihak akhir-akhir ini terutama di
Kedah akibat tindakan beliau sendiri. Namun kesahihan tidak dapat
dibuktikan. Cuma apa yang dapat dilihat Ustaz kini lebih banyak
berceramah di negeri kelahirannya, Perak
Untuk rekod nama beliau pernah tercatat antara sepuluh carian tertinggi Google di Malaysia tahun lalu
No comments:
Post a Comment