Wednesday, February 6, 2013

[MASJIDI BAITI] KONSERT ZIKIR TERAPI DIRI HAFIZ HAMIDUN

Bagi yang berminat, tempahan tiket boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-77271297 dan 012-2251297. Pembelian secara online  akan bermula pada 23 Januari dan boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.arteffectsinternational.com . Tiket dijual pada harga RM158 , RM118, RM78 dan RM38.

[MASJIDI BAITI] SOAL JAWAB AGAMA:Adakah Air Mazi Yang Sudah Kering Perlu Dicuci Juga ??

Adakah anggota badan yang terkena air mazi dan bila sudah kering air mazi anggota tersebut masih perlu dicuci juga??

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dalam persoalan ini, oleh sebab air mazi hukumnya adalah najis, maka ia perlu dibersihkan sama ada masa basahnya ataupun masa keringnya.

Oleh itu, mana-mana bahagian tubuh atau pakaian yang terkena air tersebut perlu dibersihkan sama ada semasa masih basah ataupun setelah kering. Wallahu ‘Alam.