Monday, June 30, 2014

[MASJIDI BAITI] SALAM RAMADHAN..SELAMAT BERPUASA



ADMIN mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa dalam Bulan Ramadhan ini..Ramadhan 1435 H. Sama-sama kita mengambil keberkatan bulan yang penuh syafaat ini untuk berlumba-lumba melipatgandakan amal ibadah kita,mudah-mudahan kesemua amalan kita diterima Allah SWT

sumber: muzir.wordpress.com

[MASJIDI BAITI] TAHNIAH KEPADA PEMAIN ISLAM DI PIALA DUNIA BRAZIL 2014

SEKALUNG penghargaan dan tahniah kita ucapkan kepada mereka yang beragama Islam yang bermain di Piala Dunia FIFA Brazil 2014 yang masih lagi berpuasa walaupun terpaksa bermain di panas terik. Kita tahu yang Piala Dunia kali ini ada harinya dalam bulan puasa

Ramai juga pemain kali ini yang beragama Islam seperti dalam pasukan Algeria, Germany, Perancis dan lain-lain. Namun difahamkan ada pemain yang mempunyai semangat kental terus berpuasa seperti ketua pasukan Algeria.

Sekurang-kurangnya ia dapat menunjukkan kepada orang ramai bahawa berpuasa juga tidak menjejaskan stamina pemain. Alhamdulilah


Yang menarik lagi tentnag pasukan Algeria dalam saingan Piala dunia kali ini ialah permintaan khas pasukan-pasukan yang bertanding. Jika Jepun inginkan sebuah jacuzi dalam setiap bilik pemain namun bagi Algeria, mereka inginkan sebuah Al-Quran bagi setiap bilik pemainnya yang beragama Islam..Subhanallah